Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, June 20, 2013

Anwar Ibrahim II in the making...

Kepada anak muda Gen Y, saluran 4,5 dan ahli UMNO terutamanya, ingatlah saat ini, detik kelahiran seorang lagi 'Anwar Ibrahim' di Malaysia. Lihat, renung dan fikir secara mendalam. Perhatikan dengan teliti setiap gelagat, tingkah dan laku lelaki ini di setiap ruang masa kerana 20 tahun akan datang, anda akan terfikir..."Memang sah la dia ni klon Anwar Ibrahim"!

Maso tu nak nyesal tak guno dah...

Rembau most wanted?!

Wednesday, June 19, 2013

Tahniah Rosmah

Tahniah Rosmah kerana terpilih sebagai "the most powerful woman in Malaysia" walaupun kita tak tau apakah kayu ukur yang diguna pakai The Star untuk meletak taraf wanita paling 'power' di Malaysia ni. 

Cuba baca betul-betul..."THE MOST POWERFUL"?! Heh..

Motif The Star? Dah tentulah nak kasi orang bertambah benci dengan Najib dan Rosmah. Itupun susah mahu faham ke?

Err...khabarnya di setiap agensi kerajaan dan GLC's sekarang lebih banyak langgan The Star berbanding Utusan dan Berita Harian. Sekali lagi soalan...apa motif? GE14 ler...itupun susah jugak mau faham ke?

Errr...bekas penggosip Malaysiakini (penggosip ke wartawan?...hantam sajalah) yang juga mantan editor kanan The Star, kini dah jadi setiausaha akhbar KJ. Sekali lagi tanya...apa motif? Tak faham jugak lagi? Haiya...ahli UMNO memang ramai yang buta hati dan minda maa...


Kenapa Wanita UMNO tiada dalam senarai ini? Kalau tak faham jugak...GE14 kasi gali lubung kubur siap-siap laa...

Tuesday, June 18, 2013

Siapa yang MASYUUKKK tu Hisham?!

Semasa kempen pertukaran MyKad aka IC dulu, macam-macam telah dipromosikan. MyKad sebagai kad pengenalan laa...MyKad memasukkan minutiae cap jari ke dalam cip dan ini membolehkan pengesahan cap jari dilakukan secara tepat dan terperinci laa..MyKad sebagai dokumen sah lesen memandu laa...MyKad sebagai Passport laa...MyKad sebagai Kekunci Awam laa...MyKad sebagai Kad Transit laa...My Kad sebagai Dokumen Kesihatan laa...Kad ATM laa...E-Tunai laa...bla..bla..bla..

Selain aplikasi utama MyKad, JPN siap promo lagi aplikasi tambahan, aplikasi off card dan pelbagai kelebihan MyKad yang kononnya bertaraf dunia.



Pendek kata...MyKad ni 'serba boleh' lah..hingga rakyat Malaysia terpaksa berbaris lagi untuk menukar kad pengenalan baru walaupun sebelum itu rakyat turut dimomokkan dengan 'kelebihan' kad pengenalan sedia ada yang kononnya 'berkualiti tinggi'?!

Tup..tup..pemangku Menteri Pengangkutan yang baru walaupun tak perform di KDN sebelum ini, telah memperkenalkan kad lesen memandu baru Malaysia yang kononnya bersekuriti tinggi, banyak kelebihan, bla..bla..boleh blah...


Persoalannya...mengapa aplikasi lesen memandu tak digunakan oleh JPJ dalam MyKad yang kononnya canggih tu? Mengapa kad lesen memandu perlu dipisahkan aplikasinya dari MyKad?!

Dan persoalan rakyat paling hot...buat kad lesen memandu baru...SIAPA YANG MASYUUKKK??!!

Monday, June 17, 2013

Tak dapek se nolong ee tu doh...


Janganlah Kito Copek Amek Lupo
Tang Mano Asal Kito
Kito Melayu Bukan Orang Belando
Jopun Pon Bukan Juo
Ekau Tang Bongek Dio Tang Batu Kikir
Ese Tang Gunung Pasir
Jangan Kau Ikut Caro Luar Negori
Asal Boreh Dari Padi

Tak Dapek Se Nolong Ee Tu Doh X 4

Sodar Sodarlah Sodarlah Capo kito
Kito Ni Nompang Tak Lamo
Sodar Sodarlah Bilo Dah Sampai Maso
Innalillahi Winnailaihirojiun

Tak Dapek Se Nolong Ee Tu Doh X 4

Maso Kau Sonang
Cam Dayak Dapek Senapang
Selaii Tak Abih Peluru Kau Tak Pulang
Pakai Kereto Lampu Mato Belalang
Dah Tak Kona Malam Siang

Selaii Ado Orang Habih Kau Belanjo
Cam Tak Ado Esok Luso
Bilo Saham Jatuh Kau Tak Beronti Mengoloh
Dalam Bilik Sojuk Pun Kau Bepoloh

Tak Dapek Se Nolong Ee Tu Doh X 4

Ingat Beringat Ingatkan Esok Luso
Tulat Pon Masih Ado
Ingat Beringat Maso Tak Nunggu Kito
Kito Ni Makin Tuo

Tak Dapek Se Nolong Ee Tu Doh X 4

Kito Semuo Menumpang
Tak Lamo Akan Pulang
Maso Kito Di Sini
Jangan Copek Lupo Diri
Tingga Kobau Sawah Ladang
Tinggalah Anak Bini
Sampai Kek Sinun Nanti
Kau Kono Jawab Sendiri

Tak Dapek Se Nolong Ee Tu Doh...

Thursday, June 13, 2013

Kamon la Najib...be a gentleman!

Kecuali jawatan Naib Presiden UMNO, semua jawatan yang disandang Najib dalam parti dan kerajaan diberi laluan mudah sebab dia anak sulong Tun Razak. Naik hirarki kepimpinan UMNO pakai escalator sebab orang UMNO terkenang budi bapanya...sama juga dengan sepupunya yang tak berapa nak berani tu.

Kalau Najib dan Muhyiddin betul-betul hebat, apa nak takut dengan pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden? Gentle la brader...

*********

Desas-desus sudah berbunyi ura-ura presiden UMNO akan dicabar. Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee mendedahkan ada percubaan jahat ‘langau-langau’ politik yang cuba melaga-lagakan hubungan baik Najib dan Muhyiddin.

Beberapa pemimpin tertinggi UMNO juga sudah bersuara supaya Presiden dan Timbalan Presiden tidak dicabar dalam pemilihan agung UMNO pada tahuin ini. Naib Presiden, Hishamudin Hussein Onn akan menentang apa-apa sahaja yang akan membahayakan atau melemahkan parti. Sebelum pada itu Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kedua-dua pemimpin itu perlu dikekalkan kerana kepimpinan mereka masih diperlukan untuk memacu Umno ke hadapan dan memenuhi aspirasi Barisan Nasional (BN). Ia bagi mengelakkan berlaku perpecahan dalam parti serta mahu gandingan Najib-Muhyiddin dikekalkan. Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah setuju kedua-dua jawatan ini tidak dipertandingkan lebih-lebih lagi dengan keadaan hari ini Umno tidak perlu digoncang. Dan dijangka akan ramai lagi pemimpin atasan UMNO akan mengeluarkan kenyataan dengan nada yang sama sedikit demi sedikit seperti berteh goreng.

Hakikatnya kali ini tiada siapa yang dapat mencegah atau menyekat Presiden, Timbalan Presiden atau Naib-Naib Presiden dari dicabar kerana ruang untuk akar umbi UMNO bangkit dan bersuara telah terbuka luas.
Pindaan perlembagaan UMNO yang telah diluluskan dalam pehimpunan Agung Khas UMNO pada 2009 telah membuka pintu kepada 146,500 anggota UMNO untuk memilih siapa sahaja yang mereka mahu.
Dua di antara tujuh perkara utama pindaan perlembagaan Umno yang telah diluluskan oleh perwakilan pada Oktober 2009 ialah:

1) 146,500 anggota peringkat akar umbi berkuasa memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.

2) Penghapusan sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal. (DS Najib secara gentlemen pernah berkata beliau bersikap terbuka di sebalik semangat pindaan perlembagaan bahawa daripada segi jawatan presiden pun, beliau tidak mahu berselindung di sebalik kuota atau syarat-syarat ketat- Bernama 8/10/2009).

Sesungguhnya pemilihan UMNO kali ini amat penting kerana ia akan membawa cerminan sebenar kehendak akar umbi dan ia juga akan membawa hala tuju kepimpinan sehingga kepada pru14 pada 2018 yang akan datang.

Jika terdapat berbagai pendapat mengatakan UMNO tidak berubah maka kali ini lah masa nya untuk dilakukan perubahaan perdana secara besar-besaran. UMNO sendiri harus melakukan tsunami Melayu sebelum UMNO ditsunamikan dalam pru14 yang akan datang. Kata Elvis Presley “It’s Now or Never”.

Hari ini akar umbi UMNO melihat pemimpin UMNO sudah tidak boleh bersuara lagi untuk orang-orang Melayu kerana mulut mereka telah dipalam oleh aspirasi Barisan Nasional sehingga ke tahap menjadi pengecut takut dilabelkan sebagai rasis. Mereka juga takut bukan setakat berkawan tetapi juga untuk berada di dalam majlis NGO-NGO yang berjuang atas kepentingan Melayu. Bukti terkini ialah apabila institusi Raja-Raja dihina oleh cybertrooper DAP pemimpin atasan UMNO tidak berani besuara dan hanya NGO-NGO yang pro aktif bangun sebagai 'champion' menyalak menentang anasir ini.
Kebangkitan NGO-NGO Melayu yang tumbuh bagai cendawan ialah kerana orang Melayu tidak lagi yakin dengan UMNO untuk memperjuangkan hak-hak mereka.

Semua pihak harus menerima hakikat bahawa Presiden dan orang-orang presiden bukan lagi kata pemutus untuk menyekat jawatan presiden dari dipertandingkan. Pindaan perlembagaan yang diluluskan dengan tepuk sorak dalam dewan PWTC itu mesti diterjemahkan sebijak-bijaknya oleh ahli-ahli UMNO akar umbi. Melayu akar umbi UMNO harus bangun untuk buktikan mereka bukan langau-langau jika mereka melakukan perubahan pucuk pimpinan atasan. Biar langau-langau ini lakukan penyucian amalan politik wang di dalam UMNO, biar langau-langau ini buang sikap elitis di dalam UMNO dan biar langau-langau ini kembalikan UMNO kepada perjuangan yang asal.

Mungkin jika Najib dicabar dan tumbang kali ini kata-kata akhir beliau ialah beliau dilanda gelombang “tsunami Melayu” pulak?!

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan (daripada apa-apa hubungan dengan) Allah."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive